Tuesday, March 3, 2009

Asrama lagi...

Hari ni memang sangat wasting.. Tadi Kak Izat (cikgu disiplin) panggil untuk sama2 kaunseling pelajar asrama yang bermasalah.. Diorang buat hal lagi.. Kes Biadap dengan cikgu, mengumpat cikgu, bercouple dan beberapa kes lagi.. Sangat wastekan masa P&P we all betul la.. Hal yang remeh tapi bila dibiarkan mmg jadi problem besar nanti.. And sangat tension bila budak2 asrama ni buat hal lepas cikgu Hisham letak jawatan sebagai Ketua Warden.. mentang2 la tade pemantauan, dorang buat suka2 hati aje kann... Diorang igt kitorang (Farhana & I) ni tak kan buat apa2 tindakan? Sorry la wei.. Kitorang nya kabel besar jugak tau.. Memang kitorang jarang nak pantau budak2 ni.. Tapi bila ada report, theres no way la we all nak berdiam diri.. Hmm.. rasanya budak2 tu dah dibagi amaran oleh GPK HEM... Maybe gak ada yang akan diarah keluar asrama atau dibuang asrama.. Hmm.. kalo ko tinggal asrama untuk bercinta2, untuk menghina cikgu tapi markah test kau pun teruk, adalah baiknya kalo kau duk je rumah.. Biar belajar sikit.. Fokus tu lebih sikit under parents' control... Well, apa kitorang buat ni untuk kebaikan you all.. Kalau tak sayang, memang we all buat tak kisah je.. Berubah lah..

1 Mac 2009 (Ahad), genap la setahun aku jadi warden.. Maksudnya dah boleh lah mohon letak jawatan.. Penat woo jadi warden.. Penat woo nak pikul tugas tu.. Igt senang? Masa untuk keluarga sikit, masa untuk diri sendiri pun sikit, students tak respect, orang Dewan Makan tak respect, parents tau nak blame je, bila students asrama buat hal kat sekolah, dapat malu free.. Kalau time budak tak balik kampung, rumah warden dah jadi macam rumah YB.. ketuk sana, ketuk sini.. masa privasi langsung la takde.. time orang cuti lama, still kena tunggu budak asrama habis SPM... Kerja lain pun banyak lagi nak buat.. Huuuu.... bosan la... Penat... Siapa nak ganti tempat aku???

Hmm... nasib baik la dah siap tanda kertas ujian.. Tinggal beberapa orang student je yang tak tanda lagi sbb dorang terlibat dengan Sukan Daerah hari tu.. Dorang pun baru je ambik test hari ni.. Aku kena siapkan beberapa perkara sebelum nak cuti rehat ni... Yap... aku nak cuti rehat Khamis & Jumaat ni.. Nak berehat.. Nak tenangkan fikiran.. Hmm.. apa eh kena buat? Buat Perancangan Strategi Kajian Tindakan utk KRK, key in markah kat bilik S.U.P, perancangan strategik SPBT, hantar surat memohon penubuhan Kelab Pelancongan, tugasan cuti utk students... Tu je la kot setakat ni... Hmmm....

Mengantuk betul... Dah la asyik datang sekolah lewat je sejak akhir2 ni.. Kelam kabut la rasa... Huuu....

3 comments:

♥EeiNz♥ said...

cian kt adik akk sorg ni laa.... sabo yek

Unknown said...

huhuhu.. tima kasih.. bese la kan.. hidup ibarat roda..

Mince4AM said...

Kah...kah...kah... yang pahit itu akan menjadi manis dikemudian hari..percayala..