Thursday, April 30, 2009

Aku.. kenapa??

Satu hari kau dalam keadaan yang stress... Tapi takde orang sudi dengar luahan kau... Kau buat apa la ekk???

Hm... hari ni (sekali lagi) adalah hari yang sedikit beremosi pada aku.. Hmm.. hari ni hari yang aku sedar betapa bosannya menjadi 'seseorang' (dalam entry sebelum..) Hari ni juga aku terhegeh2 balik sekolah even aku dah mention yang aku terlibat dengan aktiviti luar.. Sebab? Sebab aku nak masuk kelas Mathematics Form 5 yang aku dah lama tinggalkan... Untuk sambung lesson yang tergantung.. Apa yang aku dapat? Aku tunggu students tu dalam kelas diorang selama erm.. 25 minit... Dah lah satu period cuma 40 minit.. Diorang masuk 5 minit sebelum masa tamat... dengan sambil lewa... Ya Allah!! Dugaan apa la ni.. Sebak betul perasaan aku waktu tu.. Memang la hal tu nampak remeh.. Tapi memandangkan minggu depan aku sibuk lagi.. lagi 2 minggu diorang nak mid term exam.. Dan aku sedang berusaha untuk ajar balik topic VARIATIONS... Tapi, at the end.. macam ni jadinya.. Masa tuh terbuang macam tu je.. Susah nya la pelajar ni nak menghargai guru.. Susah ke nak faham apa yang cikgu rasa? Cikgu nak kamu semua tak rasa ketinggalan dibandingkan dengan kelas lain.. Tapi kamu sendiri tak nak berusaha untuk ke depan.. Nanti kalau tak faham, salahkan cikgu plak... hu.. Ape ni?? Hmm... nak kata aku garang, tak juga.. In fact, aku dah macam kawan2 je dgn diorang... Betul la orang cakap... Jangan terlalu rapat dengan students, nanti dia pijak kepala.. Ya Allah!! Tingkatkan lah kesabaran aku ya Allah...

Dan di saat aku perlukan somebody untuk dengar luahan aku, na~~daa.. Tak ada orang.. Sekarang ni aku rasa macam aku terkurung dalam satu kotak hitam yang kosong.. Err.. apahal pulak la aku ni.. Huhuhuhu...Hm.. motivasi aku dah bertambah kurang ni.. Makin hari makin rasa takde motivasi... Ini tak boleh jadi nih... Ke memang semua orang dah bosan dengan rungutan aku?? Ye ke korang? iskkk....

2 comments:

aeshly said...

oih! td kn i call u. tp tgh syok2 ckp bateri i abis. huhu.

Unknown said...

tau tu..hihihi... thanx my babe!!