Alhamdulillah, aku selamat melahirkan sorang baby girl 21 Ogos lepas.. Hari Jumaat, 1.21 pagi.. Baik tulis pengalaman bersalin kali ni supaya tak terlupa.. Almaklum, umur 3series gini, makin banyak benda tak ingat.. heheheh..
Due date sepatutnya 9 September.. Boleh dapat rasa yang akan bersalin lebih awal ikut pengalaman pertama (38weeks) dan kedua (39 weeks) dulu. Tapi tak sangka secepat ni.. Minggu 37 bersalin.. Sebenarmya, sebelum tu dah cakap dengan baby, tolong keluar lepas 21 Ogos, sebab nak ngam2 cuti bersalin 3 bulan tu sampai hari akhir sekolah.. Hahaha.. Ngam2 pulak keluar 21hb.. yang bapaknya pulak, nak baby keluar hari Jumaat.. Memang anak mendengar kata ni.. Amin...
Pregnant kali ke3 ni macam biasa lah,mabuk teruk sepanjang 3 bulan pertama. 2 3 ali masuk wad sebab hyprem.. Muntah je la.. Melepek all the time.. Hb low (as usual), uri kat bawah la.. Pendek kata, asyik muka ni je lah ada kat klinik dan hospital.. Seinggu sekali check kat klinik, 2minggu sekali kat hospital. Malas la nak cite panjang.. Bukan senang kan nak ada anak ni kan?
Hari Jumaat (36 weeks pregnant), g scan kat klinik, doctor kata kepala baby songsang. Suppose, dah ada kat bawah katanya. So, Isnin kena datang untuk scan balik.. Okeylah, datang je lah.. Isnin, baby still songsang so kena buat further scan dengan pakar kat hospital, hari yang sama. Are u kidding me? Pegi je la.. Sorang2 plak tu.. Scan kat hospital, kepala baby dah masuk kat bawah.. Ewah, kau dik.. mengada sangat..
Tapi kena warded plak.. Katanya, baby nampak kecik.. Aik?? Tak pasal2 kan... Okey lah, Isnin masuk wad.. Selasa still xde ape2 tanda nak deliver.. Mintak discaj, doctor tak bagi. Nak teruskan memantau. Kedudukan baby berubah2.. UNSTABLE LIE,istilahnya.. Huhuhu.. So, doctor pakar decide untuk induce.. kena paksa bersalin.. huhuhu.. terkejut sebab xsangka nak kena bersalin dah..
Rabu pagi, start induce kali pertama. Masuk ubat kat bawah tu.. Sakit.. huuhu.. tengah hari, doc check bawah sambil buat rangsangan untuk bukak jalan.. Yang ni super sakit.. sobssss... lepas tu perut rasa tak sedap.. rasa mild contraction.. tapi sakit tak boleh nak cakap la.. huhuhu.. bila check jalan, 2cm je bukak.. Tension weh...
Khamis pagi, induce kali ke2.. Huhuhu.. Terpaksa rela.. Tengah hari doctor rangsang lagi.. Lepas tu memang contraction kuat.. Baring je.. Member bagitau, try buat squat.. Memang buat pun 2 hari ni.. Dalam toilet la.. nak bagi cepat bukak jalan tu..2 3 minggu sebelum tu, ada amalkan makan minyak kelapa dan sapu jugak kat bawah tu.. Pukul 7, dah tak tahan sakit tu, bagitau doktor.. Doctor check jalan, dah bukak 4 cm.. 7.30 tolak masuk labour room.. Sebelum tu, sempat minum air selusuh husband buatkan..
7.30 masuk labour room.. Kena check lagi. Doktor kat LR tu kata pulak masih 3 cm nak ke 4 cm.. huhuhuhu.. Rasa nak nangis.. Kena patah masuk wad ke?? Tapi tak jugak.. Doktor2 kat LR nak tolong jugak supaya baby boleh keluar malam tu jugak, so doktor pun try bukak laluan tu dengan jari.. Seksa rasanya.. Tapi alhamdulillah sepanjang check up & nak bersalin ni pun, hanya doktor perempuan je entertain...
Okay, tunggu lah sampai gesa tu sampai.. Dah tak terkira dah contraction tu.. Pukul 12 lebih tu dah rasa tak tahan, kata nak bersalin jugak. Mintak nurse panggil husband.. Bila teran tak lepas jugak Nurse kata lambat lagi... Husband keluar dari LR... Tak sampai 5 minit baby terus meluncur keluar.. Nurse sempat panggil husband tapi baby keluar ngam2 otw husband nak masuk LR balik.. Tau-tau baby dah nangis je.. Hahaha.. terkilan lah beliau sebab tak dapat tengok baby keluar live... kui kui kui...
Ni gambar lepas habis pantang.. Husnaa sebulan dah ni..
bawak pergi sekolah sebab ada keje.. baik kan dok diam2 dalam carseat?
Lepas discaj, baby punya jaundis asyik naik turun je.. Sebulan jugak lamanya.. Asyik ulang alik klinik je nak amik darah.. Doktor bagitau breastfeeding-jaundice.. Ada jugak nurse suruh stop bf tapi aku teruskan je menyusu badan.. Alhamdulillah, we made it..
Banyak beza bersalin sulung dengan anak seterusnya kan.. Tapi pengalaman aku, ada yang manis.. ada jugak pahitnya.. Waktu bersalin kembar, stressnya bila supply susu badan masih so-so lepas tu kembar kalau menangis, bersambung2... sorang nangis, sorang lagi pon nangis jugak...huhuhu
Bila lahir yang gegirl ni, struggle nya bila ko kena bahagikan perhatian antara baby dengan abang2 nya.. Nak2 pulak abang tengah 'up'.. kikikiki... memang kena bertabah 300%. Apa pun, we made it! Sebenarnya jutaan terima kasih patut bagi dengan abang 3 orang ni sebab dorang boleh paham keadaan ummi... kadang2 meragam biasalah.. nama pun budak..kadang2 kena marah jugak.. sobssss.. rasa bersalah jugak.. banyak pengorbanan anak2 ummi ni... Allah je dapat balas..
Well, sekarang baby, MAZEERA ASYFAA HUSNAA dan setahun 2 bulan.. haaa... setahun sekali ke ummi update blog ni? Husnaa dah boleh jalan, suka ajak jalan2 kat luar rumah, agak picky sikit bab makan, mudah terhibur bila abang2 buat kelakar. Husnaa tak banyak meragam, tak berapa friendly dgn strangers, suka kacau abang esp. bila abang tengah tido. Bila ada gegirl ni, banyak la baju ummi yang sedondon dengan dia.. pertama kali katakan.. hihihi...
gigi ada 6 batang dah.. muka tu mintak gigit je.. hihihihi...
pasrah duk dalam car seat.. my co driver..