(Sekali macam karangan English pulak Intro aku ni..Hahahaha..)
Alhamdulillah, bukan mak aku atau rumah aku yang menjadi mangsa..Rumah Mak Lang menjadi sasaran..Cubaan seseorang untuk memecah masuk rumah Mak Lang dengan cara mencungkil mangga Solex tidak berjaya kerana sepupuku menyedarinya lalu membuat panggilan telefon kepada Abah dan Polis..Polis telah mencari penjenayah tersebut di sekitar rumah dan kawasan belakang rumah tetapi mereka tidak menjumpai apa-apa kesan..Tak pastilah mereka lambat sangat sampai atau penjenayah itu lebih pantas berlari..
(Karangan BM pulak...)
Huhuhuhu...kejadian macam ni selalu buat aku marah & takut & suspen..Sepanjang hidup aku, 2 kali dah aku kena macam tuh..Harapan aku, biar la 2x je..No more, please.. First time kejadian dirompak adalah waktu duduk asrama time belajar kat Terengganu dulu..Bilik aku memang bilik paling belakang, paling hujung dan paling bawah...Waktu kejadian, kitorang ber4 tengah syok tidur..Tak sedar langsung apa yang berlaku, sampai la pukul 6 pagi pintu bilik kena ketuk..Jiran sebelah tanya, "Bilik korang kena ape2 tak??" Dalam kemamaian, kitorg ckp, "takde ape..nape?" Pehtu dorang tanye, "Tengok la tingkap korang!!" Haa kau!!Tingkap sliding door tu dah tinggal 1, yang satu lagi dah kena tanggalkan.. Terkesima jap kitorg..Check2 barang, aaaa...2 handphone hilang and beberapa jumlah duit dah lesap..aaaaa..agak termangu2 la time tuh..Rupanya bilik jiran sebelah pon kena masuk pencuri gak.. Jadik mangsa pukau la nampaknya..Penuh gak bilik kitorg yang sempit tuh dengan kawan2 yang datang ziarah..Tapi yang paling best, salah sorg roomate aku yang hilang dalam RM 20 boleh pegi jogging walaupun baru lepas kena rompak..Hahaha...Mereng je kawan ku tuh.. Tak lama pastu banyak pulak cerita yang bilik2 lain pun kena rompak..Ni mesti kerja orang pro nih.. Sampai sekarang tak tau siapa penjahat tuh.Kesian HP Nokia 3310 aku yang kena rompak tuh..Tapi pastu dapat phone baru..Ahaha...
Kali kedua, kat Terengganu jugak..Time aku duduk rumah sewa kat Taman Tanjung Permata..Ni lagi sadis dan tak disangka langsung...Rumah sewa kitorg yang ada 6 org penghuni kena pecah masuk..Waktu kejadian, kitor tengah lena diulit mimpi...Gilo..Penjahat tuh masuk melalui tingkap dapur..Tingkap slice2 tu tau..yang ada besi kat tengah2 tuh..Tak tau la macam mana die boleh bengkokkan besi tu dan masuk melalui tingkap..Sampai sekarang macam tak terpikir laaa....Dan yang paling sadis sekali, penjahat tu merompak dalam keadaan B.O.G.E.L....GILOOOOO!!!!! Kitorang percaya la dia mesti ada ilmu hitam dan nak test ilmu dia kot? Barang - barang yang hilang kali ni agak banyak jugak..Selain duit yang hampir RM 300 ++, jam tangan Bonia housemate aku dan jam Adidas aku pun dia ambil...Rasanya macam dia dah lama kat rumah aku tuh sebelum kitorang sedar.. Malam tuh, aku tito bilik depan dengan lagi 2 org housemate..Dan kedudukan tito kitorg adalah tak sama...Once dia masuk bilik kitorg, agaknya ilmu dia dah pecah kot.Orang cakap,kalo kedudukan tito penghuni rumah tu tak sama arah, boleh pecahkan ilmu pukau..Ye la kot.. Dia masuk je bilik depan tuh, aku terjaga..Dah la tito paling tepi (katil double decker) dan aku nampak susuk tubuh bogelnya yang *&%$#@ dan membuatkan aku loya dan geli..Buwekkkk!!! Okay, time tuh aku macam panic jugak..Tapi diamkan diri..Gila kau nak melawan.. At the same time, lagi 3 org hosmate aku masuk bilik tuh..Dan pada waktu yang sama, penjahat tuh nak keluar, tapi dia menyorok la belakang pintu..dah tak sempat...kawan aku jerit, "Ade pencurik masuk umah kite!!!" dan aku jerit pulak, "Die kat belakang pintu!!!!" Kitorg berenam berhadapan dengan seorang lelaki gile psycho bodoh hampeh yang bogel selama beberapa saat...Bleh tak bayangkan perasaan kitorang...Aaaa..mesti korang tau apa kitorg buat..mesti la JERIT SEKUAT HATI..Penjahat tu terkejut and lari keluar dan tutup pintu bilik...Kitorg yang 6 org ni langsung tak buat apa sebab PANIC at the disco... kalau la kitorg pikir betul2 time tuh, mesti penjahat tuh dah ditumpaskan.. Mesti nama kitorg femes dan glamer, dianggap sebagai heroin Taman Tanjung Permata, dan dipandang tinggi dan ramai peminat (bajet) kan??? hahahahaha...Tapi alhamdulillah, takde apa kecederaan berlaku kat kitorang, nyawa masih panjang...Alhamdulillah sangat2... Jahat betul orang sekarang kan.. Ada pulak guna ilmu jahat untuk kesenangan sendiri.. Daripada kau penat2 pecah masuk umah orang nak mencuri then hidup dalam ketakutan, baik kau kerja buruh ... lagi halal dan diredhai.. Bodo puye orang!! Tapi secara positifnya, kejadian ni telah mendorong tuan rumah pasang grill dan kemudahan lain... Aaa..lupa nak cakap..Taman Tanjung Permata banyak gak kejadian mistik kat situ..Kecurian baju kecik la, tapak2 kaki kat dinding garaj la, gangguan mistik la, kes pelajar kena raba laa...Hmm..baru sekarang aku perasan yang taman tuh tak berapa selamat...kan Dayah??
Hati-hati la kawan kat mana pun korang berada.. Tak kisah la kau lelaki ke perempuan..
Eh??dah time balik la..balik dulu la ye..Bye bye!
3 comments:
mintak dijauhkn la mende2 camnikan zura..xpe, biar ilang rete asal nyawa xtergadai ... ;-)
itulah... alhamdulillah la nyawa masih ada...
hoi! saspen siot bce ur post. giler ah. take care tawwww!! huhuhu.
Post a Comment