Ada beberapa krisis berlaku kat hostel baru-baru ni.. Tak la banyak pun.. Cerita banyak, punca nya satu je..Macam mana nak mula ehh...
Okay.. ada sorang GSTT ni dilantik sebagai warden aspura.. Sebab tak ada cikgu lain yang sanggup jadi warden (well.. abis dorang ingat aku ni sanggup ke...) So, bermula la tugas GSTT tu sebagai warden tak rasmi tapi duduk rumah warden aspura.. Mula2 dia bertugas, everything went so smooth.... Until......... He started to overlap.. Acts without referring to Farhana & I.. Bukan nak berlagak bagus, but we are the registered warden while he's only assists us... But things went 'great' when he tried to be the leader... Aaaa... gila kuasa??
He interfered with aspuri's matters... Farhana & I start perasan all those things since this one night... That day, Farhana & I went to KL untuk jadi guru pengiring satu lawatan and bas sampai kat sekolah a bit late.. Right after azan Maghrib.. And we went back home lagi lambat sebab nak pastikan semua students yang pegi lawatan tu dah balik rumah dengan selamat... Ada la bbrp orang parents jemput diorang lambat...Dah semua balik, kitorang balik rumah warden and the GSTT ada dalam kawasan aspuri.. Muka macam ada kes besar dah jadi la kat aspuri... So we asked him what happened... He said.... "ada budak aspuri tak turun surau besar untuk bacaan yassin... Bila warden takde, mcm2 hal lak..." dengan arrogantnya.... Okay, napak kat situ macam salah kitorang la tu kan....Start daripada tuh, Farhana & I a bit confused.. Why on earth the GSTT always be in the aspuri area? Okay, agak pelik di situ la kan... Setahu kami la.. cikgu lelaki tak boleh masuk dalam kawasan aspuri tanpa kebenaran warden aspuri tapi warden aspuri boleh masuk kawasan aspura.. Thats the rule yang GPK Hem mention...
Malam tu jugak.. dalam keadaan yang penat dan lapar.. Balik rumah, rumah bersepah.. mailto:%5E@$^&*.. Masak jap, makan & terus buat perjumpaan dengan aspuri... Sebab hari dan situasi yang kurang baik, macam biasa la kitorang mengamuk... Huhuhuhu...Denda dulu budak2 yang kena tangkap sebab tak turun baca yassin.. Ingatkan nak denda tidur dalam Bilik Umum.. Tapi lepas bacaan yassin sebelum tidur, kitorang tanye balik betul ke tak betul apa diorang buat... In short, diorang tak bersalah... cuma right act on the wrong time.. Kesian pulak dengar cite bdk2 ni.. And felt guilty sbb dah denda diorang..
Since that, kitorang tanye2 bdk2 ni pasal 'die' tuh..('die' in this entry is refer to the GSTT) Sebab ada jugak dengar cite yang kurang best ttg 'die' dari cikgu2 lain... Antara benda yang tak sedap didengar.. Hmm..agak janggal nak diceritakan kat sini... Tapi yang jelasnya, most of the students told us the same stories... Tak mungkin pulak budak2 ni pakat buat cerita yang sama kan??
Besoknya, Farhana sound direct kat dia jangan masuk aspuri tanpa kebenaran.. Alasan dia, "budak aspuri yang dtg nak jmpe mengadu masalah.." Tapi yang budak aspuri cakap, "bukan kitorang yang nak jmpe 'die' , cikgu.. 'Die' yang selalu panggil2" Aaa..... apehal ni ye.. siapa betul siapa salah???
Lepas2 tu die cakap2 la dgn bdk aspuri things like....
"Lepas ni saye dah tak nak campur hal2 aspuri.. pandai2 awak la..."
"Cikgu Farhana marah saye sbb selalu jmpe awak kat aspuri.. lepas ni kite jmpe2 kat sekolah je la..."
Ewah2... Napak macam kitorang jahat kann...Dan yang paling sentap bila dia cakap dengan budak aspura....
"Cikgu Farhana marah saye sbb saye selalu masuk aspuri... Hm.. Cikgu Azura & Cikgu Farhana tu bukan buat apa pun kat asrama.. Duduk rumah (warden) je.. Makan gaji buta..."
Astagfirullahalazim... Tergamak dia cakap macam tu pasal kitorang depan budak... Apa kau ingat kitorang jadi warden kene tgk bdk 24 jam ke.. Igt kitorg tade keje lain ke? Abis keje2 lain yang melambak2 tu sape nak buat.. Kalau keje aku jadi warden je, tape kot kau nak label kitorg mcm tuh.. Cilakak btul.. Aku tatau la nape sorang cikgu boleh cakap macam tu dengan bdk2 pasal cikgu lain ... Tu kurang ajar namenye.. Tak professional.. Mulut jahat... Tak padan dgn title 'ustaz' tuh.... Kau ingt budak tak bercerita ke... Kau mmg tak layak la jdk cikgu.. Mst ade sbb permohonan KPLI ko kene reject kann...
Malam Jumaat, lepas je dgr budak mengadu pasal makan gaji buta ni, kena pulak time tu budak aspura gunting rambut time prep... wohhh... korang mmg simbah minyak laa... Malam tu kitorang mengamuk kat aspura.. Then, Farhana & I confront the GSTT... Wohh...mmg berapi2 la.. mengigil aku tahan marah... Maaf cakap la... Aku kalau time marah, mmg semua ayat keluar la.. Tapi Alhamdulillah, aku tak suka mencarut and tak terkeluar pun perkataan yang kurang manis.. Tapi memang dah hilang hormat kitorg kat GSTT tuh.. No more title 'ustaz'.. pggl awak2 je... You dont deserve the tittle, man!!
Tade satu pun pengakuan dari GSTT ni... Die salahkan budak plak.. Cakap dia tak pernah cakap macam tuh, takut budak yang ambik kesempatan... Tah la..mengikut pertimbangan aku... Aku lebih percayakan students.. most of them cakap benda yang sama.. Aku tak rase la diorang tergamak nak menipu.. Tapi aku harap, kebenaran akan datang sendiri...
Dan sampai sekarang, aku mmg takbleh blah tgk muke GSTT ni... Give up jadi warden pun ada... *sigh*
3 comments:
$%$&^(*&(*)(_&*%^&%$^ punye gstt.
wow, ni marah betul nih. org, marah olok2 dah la huhu
mst a marah wooo... kite tak kaco pon die kan.. dok buleh marah olok2 la... hmph!!!
Post a Comment