Seminggu sebelum cuti sekolah yang heaven ni, minggu exam, kami guru-guru Malaysia SMK ***** ni organize satu aktiviti pot luck yang agak interesting bagi aku memandangkan tahun ni sekolah ni kelihatan sedikit suram dari segi pergaulan cikgu2 ni... So, Isnin minggu lepas la aktiviti pot luck yang pertama untuk tahun ni.. Farhana & I buat laksa untuk pot luck ni... Ada lagi la dalam 5 6 orang cikgu yang bawak makanan untuk pot luck ni... Tapi aku pulak tak berkesempatan untuk makan makanan2 yang dibawak la.. Laksa yang aku masak (ye.. aku masak..)pun tak sempat nak makan.. Pagi2 kena jaga exam 2 jam.. Lapa nak mampus.. Tapi masuk bilik guru, makanan pot luck tu dah habis... Sedikit kempunan di situ...
So, hari Khamis lepas kami organize lagi pot luck ni... Kumpulan pot luck yang kecik tu tiba2 jadi besar woo... Dari 9 orang jadi 26 orang.. dengan GPK Koko pun join sekali... Collect duit la..Macam best juge aktiviti2 macam ni... Bukan boleh buat selalu pun.. Ni pun sebab minggu exam.. banyak masa terluang.. Kali ni beberapa cikgu in charge untuk masak lauk dari rumah.. Ada gak yang bawak desserts.. Farhan & I goreng ayam... Actually, Farhana je goreng ayam tuh.. aku bangun lambat.. tapi sumbangan aku adalah bawak ayam2 tu g sekolah.. besar jugak kan sumbangan aku.. Hahaha.. berkumpul2 ramai2 sesama rakan sekerja bagus jugak.. Sila la take part dengan aktiviti2 rakan sekerja supaya tak dipanggil kera sumbang... Aku kira beruntung la dapat posting ke sekolah ni.. So far semua cikgu saling hormat menghormati.. Aaa.. except for beberapa senior teachers la.. Hmm.. itu normal kan.. Kat mana2 pun ada rakan sekerja yang macam bagus kann.. Sukati dorang laa... Hmm.. kalau transfer sekolah lain nanti, macam mana la ekk...
Kenapa pot luck? Hmm... sebab bosan dengan makanan kat kantin yang mahal & tak sedap.. dan cikgu2 perempuan kan suka masak termasuk err.. saye.. heehhhh...
pack nasi...
pack nasi 2... camera aku.. so, gambar aku la banyak kan...hihihi...
pack tomyam dan sambal udang.. nyam2..
apa yang penting?? kerjasama...
tadaaa... dah siap pack dah... siap tulis nama ni supaya cikgu2 yang dah bayar dapat merasakan RM10 yang dibayar adalah berbaloi.. nasi putih +ayam goreng + telur dadar+tomyam + sambal udang... plus air bandung soda... dan juga desserts macam puding, buah-buahan, kek batik... *drooling* kuat makan betul... hihihi....
1 comment:
sumpah! memang nampak menyelerakan!
Post a Comment