Wednesday, July 22, 2009

Ego ke?

Sebelum ni aku pernah cerita pasal aku gaduh dengan student.. Ingat tak bagi yang memang ikut blog aku ni? Alaa.. yang ini lah...

Ha.. itu cerita bulan Januari lah.. lepas2 tu aku ada try jugak cakap baik2 dengan dia.. tapi fail.. sebab aku memang cepat 'panas'.. lagi la kalo dia selalu melawan.. lama2 aku memang let it be je.. Aku tak kisah pun dia nak buat apa dalam kelas aku. Tito ke apa ke.. janji jangan bising & ganggu kelas aku.. Lama jugak la aku tak pedulikan dia ni.. Sampai la satu hari ni.. Bulan lepas tak silap aku...

Sebenarnya start bulan lepas aku dah bertekad untuk cool sahaja time mengajar.. bukan selama ni tak cool (cool la sgt...) Maksudnya, taknak lah marah2 or bebel.. Sekarang pun kalau masuk kelas, time aku rasa macam nak marah je sebab diorang bising ke tanak buat latihan ke ape.. Aku akan cakap dengan student, "Hari ni mud saya tengah baik.. Saya tanak marah2.. Awak pun tak suka kalau saya marah2 kan.. So, jangan bagi saya panas... Boleh kan?"[percaya tak kalau aku cakap mcm ni dengan nada yang boleh tahan lembutnya.. ehee..]

Okay, berbalik kepada student yang aku mention awal2 tadi... Let me introduce him as F, okay.. Dah 5 bulan lebih aku buat tatau je pasal dia.. Sebab aku dah sangat la malas nak bising2, emo2 dan buang masa mengajar aku untuk marah dia.. (ini untuk kebaikan semua, okay..) Pada satu hari, macam biasa aku suka lepas mengajar, aku bagi latihan dan panggil student secara rawak untuk tunjuk solutions kat whiteboard.. Aku sebut je mana2 nama untuk cuba.. Macam yang boleh korang agak, aku tak pernah panggil nama si F ni.. Frankly speaking, aku anggap dia takde dalam kelas aku (hati terguris, babe..sob~~) Hari tu jugak, tiba2 aku tanya student semua, "okay, sape lagi nak cuba??" Semua student dalam kelas tu sebut2 nama si F ni.. So, aku pun panggil la nama budak F ni.. Seperti dijangka, semua students dalam kelas tu termasuk si F ni terkejut la kan.. And... semua student dalam kelas tu bersorak macam korang bersorak bila Malaysia jaringkan gol time lawan MU itu hari.. Victory ke apa aku buat ni? Thanx God, si F ni willing untuk datang depan and tunjuk solution kat whiteboard.. Memang la dia tatau apa nak buat.. 5 bulan lebih dia tak belajar Math kan.. Tapi aku tunjukkan jugak la apa yang dia kena buat step by step.. Si F ni tersengih2 dalam gigil.. Control macho lagi.. Aku pulak, sebagai cikgu.. seharusnya lah aku cool sahaja.. Nama pun cikgu kan.. Kami boleh buat semua!! Ahaha...

Start dari hari tu... si F ni memang la tak ketara sangat perubahan dia.. Tapi dia dah kurang tito dalam kelas lagi dan boleh dengar cakap.. Tadi pun time aku masuk kelas, dia buat2 tito... Aku cuit belakang dia (dont get me wrong.. dengan kertas tau..) and aku cakap, "tolong buat kerja saya bagi ni, boleh?" Then, dia buat... Masa untuk hantar, aku cakap, "sapa tak hantar, tak leh kuar rehat.." Kalau selalu2, si F ni main blah je dari kelas tanpa buat kerja aku bagi.. Tapi hari ni, aku kantoikan dia.. Aku suruh jugak dia buat & hantar.. Tersengih2 lagi dia.. Amazingly, dia buat & hantar kerja tu walaupun dia buat latihan tu salah!! Aku tak kisah pun, lagi aku bagi senyuman manis (wek..) ade la.. Hahaha..

Tak kisah lah kalau dia buat secara terpaksa ke apa... Tapi aku rasa itu adalah permulaan yang bagus... Kalau dia nak berubah, cikgu2 semua boleh tolong.. tapi mungkin betul orang cakap.. kena guna pendekatan berlainan untuk lain2 pelajar... Yang keras kepala, kena cakap lembut2 and guna psikologi.. Hmm... takpe... Aku akan cuba lagi supaya keputusan exam dia lebih baik.. tahun depan dah nak SPM budak ni..dapat 30% pun okay.. Lulus, what? Berbaloi kot kalau aku yang kena rendahkan dulu ego aku kalau hasilnya lumayan kan?? Insya Allah, aku akan cuba jadi cikgu yang lebih baik... Doakan ye..

2 comments:

@zd@rwIn@ said...

yup zura....psikologi yg bagus...n bile si F tu dh mula jadik baik n dgr ckp...mesti ko rase sedikit terharu kan....aku pn pnh wat gitu...kat student aku taun lepas..setahun aku tak peduli...tahun ni die la yg paling baik dlm kelas aku....hmmm whateva it is,who they are....kite sbgai cikgu tetap sayangkan students kite ekk....dorg je kureng hargai...huhu

FastRi said...

F? ini yg tak sedap ni. Bukan Fazri kan? Anyway, itu pun 1 kaedah pedagogi jugak. aku pun pernah buat gitu. tapi tu lah, lain org lain cara nak tackle. tapi kalo dorg xnak berubah jugak, lantak dorg lah. Kita tak rugi sesen pun