Saturday, July 11, 2009

PPSMI...

PPSMI dimansuhkan? Berita baik ke berita buruk? Hm.. pada pandangan aku sendiri sebagai guru Matematik, ada baik & ada juga buruknya.

Bagi aku, bahasa bukan masalahnya.. Kalau cikgu kau mengajar guna loghat negeri sekalipun, kalau kau sendiri tak da usaha nak memahamkan apa yang cikgu ajar, ko takkan dapat.. Sains & Mathematics.. Buku & Nota memang la dalam Bahasa Inggeris.. Term 2 BI, tapi cikgu explain tetap dalam BM.. kalau cikgu tak explain pun, kan ada kamus? Rasanya ada guru yang guna dwi bahasa untuk mengajar.. Tapi pelajar tetap tak boleh faham.. Alasan, "tak faham Bahasa Inggeris" Abis cakap BM dah ni, tak faham juga.. Bahasa Penampar nak??

Kalau nak pandai Sains & Mathematics, kau kena buat latihan hari2.... Kalau hari ni cikgu ajar, tak faham.. Lepas tu tak da usaha lain nak fahamkan benda tu.. Sampai bila2 la tak dapat.. Kalau kau tak faham Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ke, carik kamus.. Tak boleh la susah sikit kan.. Nak senang je.. Tau nak tuding jari je...

Lain kali nak buat apa2 keputusan tentang dasar pendidikan, sila lah tanya tokoh pendidikan ke ataupun orang yang memang ada kaitan terus dengan pendidikan.. Pendidikan pun nak dipolitikkan ke? Tak cool, okay..

4 comments:

aeshly said...

bahasa penampar kn? hihi.

xiedax said...

dah alang2 gune bahasa penampar, tampar je trus budak2 yg xpaham tuh..ntah pe name ntah.org2 kat sekolah xde la kecoh mane, yg xbekaitan melampau kecoh..menci ar dgr benda2 politik nih..

FastRi said...

sori lagi. aku rasa kita tak boleh nak samakan tahap kebolehan semua org. Korang ada belajar pasal tahap kognitif kan? ia tak sama pada semua org. mmg potensi ada, tp tahap perkembangannya pun x sama. kalau org yg kita nmpk potensi tp buat2 xphm aku x kisah kalo nak tampar. tp mmg ada yg lembap. x blh nak salahkan mereka. kena terima seadanya. dan aku x rasa isu ni isu politik. well, politic is about our life. bkn politik kepartian ok. kadang2 kita xblh nak pikir pasal diri kita sendiri saje. kesian org2 yg tak berkemampuan. sori sekali lagi cg2 ye.

Unknown said...

biasa yang nak makan penampar tu adelah orang yang sebenarnya pandai tapi saje2 tanak pandai... time cikgu mengajar, borak2, nyanyi2, tidur2, tak hormat, pastu boleh cakap cikgu tak pandai mengajar.. hishh... kadang2 pandai takbleh nak diikut, bodoh tak bleh nak diajar.. *makan dalam*