Sunday, October 18, 2009

School Tour part 1

I am at Malacca now.. facing my induction course, err... wuhhuuu... this first 5days seem to be okay (termasuk weekend la kan.. means, baru 3 hari kursus nye..) until my name had been called to be one of the emcee for one of the slots... Hampeh betul... Main sebut je la kan nama aku.. Asal nama paling pendek and antara yang terawal je, mula la kaann... Redha je laa... Pengucapan Awam on Tuesday, emcee on Friday.. Can I handle it? Fuuu... butterflies already playing in my stomach...

Okay lah.. ni nak cerita pasal lawatan sivik yang aku handle last week. 13 Oktober 2009, Selasa.. Students 41 orang, cikgu 4 orang termasuk aku.. Destinasi, Shah Alam & KL..Ini bas Ah Loo.. Bukan bas sekolah tapi bas persiaran.. Cantik & selesa.. Servis sangat memuaskan, okay.. Driver (Ah Loo) sgt la ramah dan boleh deal dengan baik.. Aku boleh bagi no contact kalau mau..

Destinasi 1 : Les Copaque Production Sdn Bhd

Ni syarikat bumiputera yang telah menghasilkan siri animasi Upin & Ipin.. best suasana kerja diorang ni.. semua pekerja pun muda2 gitu.. Tapi terkilan jugak sebab maskot Upin&Ipin takde.. hehehe.. macam budak2... Time ni yang aku bengang sekali bila pekerja LCP ye2 la menerangkan macam mana diorang buat kerja... tapiii.. sepatah haram pun budak2 ni tak bertanya.. Padahal dah pesan dah siapkan soalan... Last2 cikgu2 jugak yang bertanya... Ish ish ish... Apa pun, kepada kakitangan LCP, Terima kasih banyak2 di atas kerjasama yang diberikan.. Selamat berjaya..



Destinasi 2 : Planetarium Nasional

Rugi jugak ni sebab Planetarium sedang direnovate... Tempatnya sangat menarik.. Exhibition pun so far, bagus untuk student... Tapi tulah, tak banyak boleh explore sebab tengah renovate kan..



Destinasi 3 : Muzium Polis

Okay... ini memang takde dalam perancangan pun... tapi disebabkan Planetarium Nasional tak banyak yang boleh ditengokkan, dan memandangkan jugak muzium polis ni dah dekat dengan Planetarium, jadinya.. singgah la di sini.. Sangat seronok tengok pameran sejarah2 pasukan polis ni.. Especially pameran senjata api tu.. tapi sayang, tak dibenarkan ambik gambar dalam muzium ni... Huhuhu... ni muzium polis babe, kena la patuh arahannya... hehehe...



Destinasi 4 : Muzium Kesenian Islam

Ni pun sama macam Muzium Polis... tak dirancang pun.. tapi disebabkan sebelah je, kitorang pun pegi la... Memang tatau pun yang ada jalan short cut nak turun ke Muzium Kesenian islam ni... Kitorang siap menapak la turun bukit ramai2... Haru betul laa... dah penat jalan jauh2, baru la ada budak form 1 ni cakap, "cikgu, ada jalan short cut tadi dari Muzium Polis nak ke muzium kesenian Islam ni... igtkan nak pegi tempat lain tadi..saya pun senyap je la.." Saba je la aku kan...

Muzium Kesenian Islam ni sangat la besar dan exhibition pun menarik... Paling menarik perhatian aku adalah kesenian kubah terbalik tu.. tapi tak ambik pun gambar.. Tak dibenarkan amik gambar dalam muzium ni...

Muzium ni sangat luas dan sangat banyak bahan pameran.. Aku nye kaki memang dah sakit jln jejauh sebelum tu.. dalam muzium ni, sekejab2 jalan kaki ayam.. penat woo.. tapi best...
[lenkali upload gambar... blogger tengah ada problem..]


Destinasi 5 : Jaya Jusco Seremban 2

Hmm.. kena cerita ke apa yang ada? tak payah la... hehehe.. ni kira acara kemuncak lawatan la... iaitu 'aktiviti bebas di mana korang boleh jalan2 sendiri tanpa cikgu pantau tapi pukul 9 mesti ada dalam bas & sila jaga diri kamu baik2'... Ahhh... simple la ni...
[gambar? sila google.. malas nak layan..]

So far, tempat2 yang kami lawati ni sangat lah sesuai untuk pelajar sekolah... senang je nak anjurkan lawatan macam ni... Yang penting, ikut prosedur...

P/S : punya la susah aku nak menyiapkan entry ni... disebabkan beberapa masalah teknikal, aku update sekaligus je la...Pengucapan Awam Induksi, done!! Tajuk yang aku tukar pada saat2 akhir yang telah menyebabkan aku tak cukup tidur ialah LANGKAH2 PENCEGAHAN BARAH PAYU DARA... kunun2 tajuk sensasi la kan.. tapi memang pun.. yang peliknya, semua orang boleh diam & dengar apa aku cakap... malu ah!! haahaha.. lantak la.. janji aku dah lepas satu beban... Next, kena siapkan tugasan berkumpulan... tajuk PKPA, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, whatthefish... huuuu.... Jumat, jadi emcee... heh, kacang!! k.u.n.u.n laaa.... mak!!! rindu...... sob~~~~

2 comments:

abcdead said...

yeah babeh! go! go! go!

p/s:heh apo punyo komen la neh

Unknown said...

tah... apo tah komen die...