Wednesday, June 23, 2010

2010..


Rasanya macam tak banyak perkara hebat berlaku je kat hidup aku sekarang.. Eh? Ye ke?? Tapi rasanya macam ada jugak la perkara yang hebat berlaku kat aku… Meh aku recall kejap memori aku ni… Aaa… Ye lah… ada banyak benda berlaku kat aku dan orang sekeliling aku sepanjang ‘bertenang’ aku ni… Kata Around My World kan…

2010… Kerja macam biasa Cuma tahun ni agak berat tanggungjawab aku sebab kena mengajar 3 kelas SPM yang pastinya mempengaruhi peratus pencapaian tahunan… Harapan aku memang tinggi… Tapi memang perlukan semangat dan usaha yang tinggi kalau nak capai semua tu.. Dan sudah pasti lah, tak selalunya aku bersemangat.. Cikgu pun kadang2 goyah jugak… Sekali – sekala DOWN jugak… Semoga aku akan tabah menghadapi hari – hari mendatang.. Owh, lupa nak bagitau rahsia kecil.. Tahun ni nama aku tercicir dari senarai guru bertugas mingguan.. How cool is that? Mentang-mentang la tahun 2010 aku nak kahwin, nama aku dorang letak tepi dulu.. Agaknya takut ganggu persiapan perkahwinan aku kot.. Hehehe..Tak kisah la.. janji sepanjang tahun ni, aku terlepas dari tugas tu…

2010… Bulan Mac tahun ni, aku dah bergelar PUAN… Alhamdulillah.. Mula – mula orang panggil dengan title tu, rasa macam pelik je.. Rasa macam aishh, macam dah tua.. Hehehe… Bukan apa, dulu sebelum YAACOB… sekarang dah PUAN pulak kan.. So, macam kejutan budaya la sikit.. Hehehe.. psiko kan… Siap suruh students tulis NAMA GURU kat buku latihan maths tu sebagai CIK PUAN AZURA… hehehe… bengong je… Lama-lama dah biasa.. Aku sekarang PUAN AZURA YAACOB.. aku ada suami dan tanggungjawab…

2010… Bulan MEI… 24 hb… Aku dapat anak buah baru… Lelaki.. Anak abang aku.. Anak buah yang ke sepuluh lagi… Huu.. dah ramai dah anak buah aku… Alhamdulillah.. legasi keluarga Hj. Yaacob semakin berkembang maju.. Hihihi… Hero baru ni nama dia AHMAD FIRDAUS ALAM.. Alhamdulillah.. sehat dan sempurna.. Lepas ni iliran aku pulak untuk menambahkan keluarga.. Tapi nampaknya, setakat hari ni, belum ada rezeki lagi.. Tak tau la esok lusa macam mana kan.. Doakan je la yang terbaik… Insya Allah..

2010.. Hidup aku jugak sedikit berubah bila dah tak selalu jumpa kawan-kawn baik aku… Yelah, masing-masing ada komitmen tersendiri.. Nak tau tidak, bersedia atau tidak, lambat laun kita akan kehilangan jugak orang-orang yang dekat dengan kita.. Dan kehilangan ni, maksud aku bukan putus kawan… Cuma rasa macam separuh jiwa kita hilang.. Ierda dah dapat kerja dengan kerajaan dan bertugas kat Selayang… Aesha pula, waktu-waktu cuti harus lah bersama dengan suami.. jadi, agak jarang la bertemu kan sebab masing-masing pun dah jadi isteri orang.. Intan duduk dekat dengan aku tapi sama jugak.. Komitmen tugas kami dan status kami juga jadi penghalang untuk berjumpa selalu.. Kawan-kawan lain macam Dayah, Chiline, Sari, Mardhiah, Ain & Akmar , masing-masing pun ada komiten masing-masing.. Kena la fahami keadaan masing-masing.. Seriously, I miss them so much.. Rindu sangat-sangat.. Kawan-kawan, what if kalau kita buat reunion??

2010… Aku masih lagi tak sah jawatan.. Keputusan Induksi pun tak dapat lagi.. Bulan Oktober 2009 aku pergi induksi, sampai sekarang tak dapat lagi keputusan.. Dengarnya akan dapat keputusan bulan Oktober 2010… Setahun, okay.. How crazy is that.. Maksudnya apa? Maksudnya,lambat lah aku sah jawatan.. Maka, belum stabil lah kedudukan aku ni dalam sektor kerajaan.. Penantian Itu Satu Penyeksaan, tau!

2010.. aku tak tau apa lagi yang aku akan lalui lepas ni.. tapi harap yang terbaik.. Insya allah.. Tak semestinya yang best je… Yang tak best pun mesti aku akan hadapi jugak.. Bersedia je la… Okay lah, sampai sini dulu.. Taaaa~~~~

2 comments:

xiedax said...

only God knows how i miss nk kua lepak2 ngn u dear azura..hukhuk..
mari same2 bertabah utk 2010!!!

Unknown said...

I miss u too ierda... rasa mcm kosong je u tade... huhuhu...