Sunday, April 26, 2015

Review : Baby & Kidz Fair Seremban

Assalamualaikum.. lama tak update blog.. hihihi.. tetiba update pasal review Baby & Kidz Fair pulak.. Haaa.. rasanya first & last pergi expo baby macam ni adalah waktu pregnantkan kembar dulu. Event kat Midvalley.. Yang kali ni pergi pun sebab kat Seremban je..

Btw, sekarang pregnant lagi. Kali ke3, anak ke4.. huhu.. rasa macam ramainya anak.  Alhamdulillah, rezeki tak dijangka.. Allah lebih tau apa yang terbaik utk kita, redha je.. Dan macam biasa la, bila awal pregnant memang mabuk teruk macam ko rasa nak baring je all day long.. Tu salah satu sebab blog pon berhabuk.. huhuhu..

Okey la, cerita pasal baby fair tadi.. Bertempat di Dewan Perbandaran Seremban mulai 24 Apr- 26 Apr.. masih on lagi setakat entry ni ditulis.. So far, biasa-biasa je expo ni. Tak banyak sangat vendor or company tang terlibat menyebabkan takde persaingan harga so harga barang pun lebih kurang je. Well aku expect lagi murah la dari online, tapi nan hado la.. ada la a few things yang murah siiikittt la...

Aku pergi hari Jumaat, first day.. Mungkin ada lagi vendor tang tak bukak booth lagi.. Agaknya la..Mula-mula sampai tu pastikan korang g register IC kat registration counter kalau korang nak redeem goodies bag.. Tapi goodies bag tu pun takde la grand sangat barangnya.. Tapi boleh lah nak bagi kat anak3 korang kalau korang g expo tu tak bawak dorang... hahaha..macam aku le tu...
Ini la isi goodies bag tu.  bubble gum & chewing gum..

Pilihan barangan pun tak banyak sangat tapi ada la a few baju baby yang murah2..


Tak bantak pun amik gambar sebab g sorang.. Barang banyak nak dibawak.. Ini je barang yang aku beli waktu baby fair ni. 
Tak banyak mana pun.. Macam tak berkenan sangat.. Diapers tu ada promosi beli 2 pax dapat free 1 pax kecik dgn sample.. Aku amik sekali sample utk Aysar.. So far Aysar pakai okey.. Xde ruam.. Utk S size, harga RM52 for 2, saiz lain RM64 for 2.. Baju Barney tu sehelai RM18, RM50 for 3. Botol susu utk Aysar RM12 for 2, cawan merah untuk kembar RM10 for 2.. Head to toe wash RM15 for 2, lotion RM4 towel RM16 for 2..Ada beli storage bottle utk member.. 8 botol brand Simple Dinple RM25..

Ada lagi booth2 lain.. macam Prudential, Stem Cell Cryocord,ada jual stroller, botol2 susu, susu formulabreastpump, cloth diapers,Grolier pun ada.. Ada jugak contest2 n lucky draw sepanjang baby & kidz fair ni.. So, kalau korang free hari ni boleh pergi sebab hari ni last day.. Sekianlah review dari aku.. gitewwww... babai...

Thursday, November 6, 2014

TRAVEL SOLO WITH BABY

Hehehehe.. tajuk tak menahan.. Travel solo with baby gitu.. Sebenarnya, dari tahun lepas lagi dah plan nak bercuti ke Kota Kinabalu.. Dah beli tiket pun waktu Aysar belum lahir atau baru lahir, tak ingat lah.. Booking tiket untuk fly bulan 10 dengan mak aku dan Aysar dan kawan2 (cikgu sekolah). Ahli rombongan 13 orang kesemuanya.
 selfies sikit sebelum nak masuk balai berlepas.. bukan selalu kann..

Hampir je tiba tarikh nak ke KK, mak aku terpaksa cancel nak ke KK sebab mak cik aku sakit & mak aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Itulah, manusia merancang je, selebihnya Allah yang tentukan. Jadi tinggallah aku & Aysar kena pergi sendiri. Kira solo la tu without husband or mother. Sesekali pergi bercuti, memang la best. Dah lama pulak tu tak naik flight. Jakun kan? Kira ini first time naik flight lepas kahwin.. haa.. lama tak tu? Tak lama pun percutian ni. 3 hari 2 malam je.

Hari Sabtu gerak dari Kuala Pilah dengan van sewa. Sampai airport tunggu kaunter check in bukak, makan2 dulu.. Dah check in luggage segala, tunggu kat pintu yang dijanjikan.. Nak dekat berlepas pintu tak bukak lagi. Rupanya nak berlepas tu, dah tukar pintu lain yang jauhhhhhhhhhhhhh gila kau.. Selaju-laju alam la kitorang jalan nak kejar masa supaya tak kena tinggal. Memang hampir kena tinggal pun. Tau la kan KLIA 2 tu besar sangat. Ada hikmahnya lah mak aku tak ikut. Kalau tak, kesian mak aku pun kena jalan jauh & laju macam tu. Nasib baik la berkesempatan jugak naik flight ke KK. Kalau tak, memang nangis tak berlagu.
antara ahli rombongan cik kiah

relax je masing2 bersantai sebelum kelam kabut sebab salah tempat menunggu

First time naik flight dengan baby. Nasib baik lah baby menyusu badan. So senang sangat nak tidurkan dia.Aku dah prepare bawak nursing poncho untuk cover waktu menyusu. Alhamdulillah Aysar pun tak banyak ragam. Bila dia boring je, dia usik sana usik sini. Tapi tak menangis langsung. Flight berlepas dari KLIA 2 pukul 12.45 dan kitorang sampai airport KK dalam pukul 3.40 petang.
hai KK, kami dah sampai..

Van sewa pick up dan terus bawak ke Hotel High 5. Hotel bajet je tapi Alhamdulillah, selesa sangat. Aku sebilik dengan sorang lagi kawan yang bawak anak umur 3 tahun. Bilik kitorang ada dua katil single. So muatlah diri masing2 dengan anak.
 peneman tidur ummi

Dah mandikan anak dan solat semua, kitorang jalan kaki ke kawasan Pasar Philipine. Sebelum tu singgah kat kedai makan yang memang banyak kat area KK tu. Makanan pun not bad. Yang penting sayur-sayuran kat sana fresh tau. memang feeling sodap la rasanya.

Dah siap makan, baru lah gerak ke Pasar Philipine. Dekat jugak lah dengan hotel kitorang tinggal. Jalan sendiri2 je nak beli barang2 untuk buat souvenier. Dekat dengan Pasar Philipine ada pasar malam yang bukak setiap malam. Barang-barangnya lebih kurang je kat Pasar Philipine tapi jauh
lebih murah dan lagi senang nak tawar menawar harga. Dalam kawasan Pasar Philipine tu ada area pasar jual makanan & barang kering macam ikan bilis, ikan masin dan lain2.

So, malam pertama tu je dah start beli souvenier memandangkan tak lama pun berada di Sabah ni. Beli keychain untuk anak-anak murid. Beli kuih amplang (keropok) dan kuih cincin. Ada juga beli fridge magnet. Takde la borong banyak2 sangat pun. Mana yang sempat je. Tak lama pun merayau2 ni sebab travel dengan anak2 kan. Mula lah masing2 memberontak. Lagipun hujan renyai2 pulak. Jadinya balik ke hotel naik teksi. Tambang RM12 satu teksi. Okey lah tu. Hotel memang la dekat, tapi disebabkan tak ingat jalan pulang ke teksi, barang  shopping pun banyak, anak2 pun dah penat, naik cab je lah.

Balik hotel, masa untuk membersihkan diri. Aysar pulak tak sanggup kalau tak nampak muka ummi. Sudahnya sepanjang ummi dalam toilet, dia tunggu kat luar pintu sambil panggil"amak..amak..amak" sampai ummi keluar dari toilet. Pasrah je la kan. Anak manjo katakan. Tak lah risau sangat ada kawan sebilik yang boleh tengok-tengokkan Aysar.

Esoknya, hari ahad, barulah geng travel kitorang berjalan2 di tempat-tempat menarik. Kitorang bertolak dari hotel ke Ranau, Kundasang..
isi perut boncot dulu sebelum jalan2

ummi lawa & baby comel..hihihi..

Destinasi pertama ialah Ladang Teh Sabah. Pernah dengar kan teh brand Sabah Tea? Haa kat situlah tempat teh tu ditanam. Nak merasa teh tu kat situ pun boleh. Ada restoran yang kita boleh order teh jenis apa kita nak. Nak beli teh untuk souvenier pon boleh. Ada gift shop kat ladang tu jugak. Teh tu pun kita boleh beli dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran. kalau tengok kat airport tu, Sabah Tea dijual dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Kat ladang Sabah Tea tu murah sangat sampai boleh beli banyak untuk bagi hadiah kat orang kampung.
 berlatarbelakangkan ladang teh

borong Sabah Tea

Dekat2 dengan ladang Sabah Tea, ada Pusat Sanctuari ikan Kelah. Kalau nak merasa beratus-ratus ekor ikan kelah cuit2 kaki korang, boleh la singgah sini. Aku setakat bagi makan dari atas tebing je. Tak berani lah nak masuk dalam air. Geli. Lagipun bawak anak, so tak payah lah menggedik nak masuk dalam air kolam tu. Tengok seekor pun dah rasa gerun, lagi lah beratus-ratus ekor tu kan. Tak sanggup aihh. Aysar excited je tengok ikan2 tu. tapi tak galakkan sangat Aysar sentuh air kolam.
Hygine, kekdahnya.. Anak kecik kan. Dah lah berdua je kat tempat orang.. Tapi korang kena cuba tau. Ala-ala urutan refleksologi la gitewww..
 Aysar excited tengok fishhhhh

tengok tu..banyak gila ikan kelah dok kerumun bila lempar makanan

Next, kami ke Desa Dairy Farm. Di sini ada beratus-ratus ekor lembu yang ala-ala macam kat New Zealand tu. Feeling NZ la katenya. Tapi kami singgah sekejab je.Sebab dah start hujan renyai2.
So ambik gambar dari jauh je la. Asal nampak je lembu hitam putih ala NZ tu.. Hahaha.. Alahaii.. mane tah gambar..tak jumpa pulak.. sebabnya menempel kamera orang je.. hihihi..

Lepas tu, ke Pekan Kundasang pulak. Ala..tempat jual2 sayur-sayur fresh kat tempat sejuk. Sayur pun macam-macam jenis. Singgah je. Tak beli apa sangat pun. Aku beli beras merah je sikit. Orang kata beras merah sedap dibuat bubur anak. Aku beli je tapi sampai sekarang tak masak pun bubur lagi. hahaha..

Disebabkan hujan, kitorang play safe je lah.. Tak de lama2 nak lepak satu2 tempat tu. Buat syarat je lah. Lagipun perjalanan dari KK ke kawasan Kundasang tu mengambil masa yang agak lama jugak.
Dalam 2 jam jugak. Tapi kami singgah jugak di Taman Kinabalu @ Kinabalu Park. Kaki Gunung Kinabalu. Sepatutnya boleh nampak puncak Kinabalu tu dari pondok tinjau tu. Tapi bukan rezeki kami, keaadaan cuaca berkabus pulak, Tak dapatlah tengok puncak Gunung Kinabalu. Tapi nasib baik, dalam perjalanan turun dari Kundasang (jalan berbukit), cuaca semakin cerah dan dapatlah tengok puncak Hunung Kinabalu. Alhamdulillah..
 member, Kak Mala tak puas hati sebab tak nampak puncak gunung Kinabalu..hehehe..

 feeling London tekauuuu...

 sejukkkkk....

see you soon...

On the way balik ke hotel, kami singgah di Rumah Terbalik. Uniknya Rumah Terbalik ni adalah semua barang2 yang ada dalam rumah tu berkeadaan terbalik. Kau masuk ruang tamu, TV kat atas siling, kerusi, meja, peti ais,mesin basuh, katil dan semua benda lah terbalik. Melekat atas siling. Kalau duduk lama-lama dalam rumah tu, kepala boleh jadi pusing dan pening. Fuhh.. Pandai kan orang yang came out dengan idea ni. Kreatif. Dalam rumah ni dilarang mengambil gambar untuk menjaga keeksklusifan rumah ni supaya tak ditiru oleh orang lain.Cuma boleh bergambar kat luar rumah je. Kat luar rumah ada kereta terbalik, toilet terbalik. Boleh lah bergambar untuk kenangan. Jadilah daripada takda langsung kan?
 Rumah Terbalik yang memang terbalik

 Kereta kancil terbalik..

 pasu bunga terbalik..

toilet terbalik... hihihi..takde apa2 yang euwww lah dalam toilet tu..eksyen je..

Setakat tu je perjalanan kami di Kundasang. Balik hotel balik, rehat2 sekejab dan berjalan ke Pasar Philipine lagi. Kali ni, aim nak beli ikan bilis (my feveret) dan ikan masin je. Tuan punya kedai siap balut & seal barang2 yang kita beli dalam kotak dan siap untuk terus masuk kargo flight nanti. Insya Allah tak koyak atau leaking sebab memang benda kering kan. Beli jugak tshirt SABAH untuk kami 5 beranak. Ada lah jugak souvenier lain untuk walid dan si kembar. First time ever tinggal bertiga dengan walid. Kena tinggal pulak, tak dapat ikut ummi naik aeroplane. Kesiaannn.. . So, beli jiwa sikit lah. Hehehe..

Esoknya terus ke airport KK je. Tak pergi mana lagi dah. Stay je kat airport sebab flight pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. Lain kali, pergi lagi..
Good bye selfie di Hotel High 5

haa... dari KL beg satu je..nak balik KL, amik kauuu.. bertambah2 beg..

Alhamdulillah bersyukur jugak, semua dipermudahkan. Ummi dengan Aysar pun baik-baik dan selamat sepanjang perjalanan. Aysar memang sentiasa dalam carrier je. Sekejab-kejab je lepaskan dia berjalan2. Memang berguna sangat lah soft structured carrier(ssc) ni. Mak selesa, anak pun selesa. Anak nak tidur pun senang. Mak shopping banyak2 barang pun takde hal nak bawak dua-dua tangan. Yelah, hands free kan. Tak payah nak dukung dengan tangan. SSC kan ado.

on the plane.. baik budak Aysar ni.. we made a great team.. ehe..

Si kembar pun tinggal dengan walid pun okay. Tak banyak kerenah. Tapi sepanjang ummi takde, abis la semua taman permainan kat taman perumahan tu si kembar jelajah dengan walid. Dari pagi sampai petang.  Walid pun layankan aje. kalau ummi tu, kirim salam je lah.. hehehe..Walid pun boleh handle si kembar sebab masing-masing dah besar panjang. Boleh lah ni kalau nak travel lagi ni. Ala-ala reality tv show, MOMS' TIME OUT la ni.. hehehehe..Ada berani ke walid??
walid whatsapp gambar ni..rindu giler..

Sesekali kan bercuti, seronok juga. Short vacation without kids is okay. Kalau lama2 sangat, confirm ummi la yang homesick. Insya Allah, ada rezeki lagi, boleh pergi dengan suami dan anak2. Insya Allah, soon mesti boleh g bercuti lagi.. Semoga dimurahkan rezeki dan diizinkan oleh Allah. Doakan ye.

Sekian travelog ai.. Hahaha.. Mengada sangat.. Nanti aku kongsikan tips travel with baby next2 entry ye.. Salam sayang.. byeeee... 

Sunday, October 19, 2014

MACAM MANA NAK BAWA KEMBAR BERJALAN-JALAN?

Macam mana nak bawa kembar berjalan-jalan? Tak susah ke?  U ols prefer macam mana? Stroller? Dukung anak? Baby carrier? Well, setiap ibu tau macam mana caranya nak bawak anak ikut keadaan. So, its up to you. Aku saja lah nak share pengalaman bawak anak sepanjang ada anak kembor dan anak kecik.. Tak ada niat untuk menilai dan dinilai oleh orang lain pun..

Waktu kembar baby2 dulu, biasa kalau keluar ke mana2 with husband atau mak, prefer bawak twin stroller lah.. Stroller pertama yang kami ada ialah twin stroller MY Dear. Ini stroller hadiah daripada kawan2.. Tq kawan2..

KELEBIHAN Twin Stroller MY Dear ni ;
  • senang nak bawak si kembar
  • ruang simpan barang besar, boleh letak segala macam khazanah
  • ada payung untuk setiap seat
  • boleh jadi troli barang bila ada yang mengada-ngada tak mau duduk dalam stroller..pffff
KELEMAHAN 
  • besar sangat, muat2 je dalam bonet Myvi, lepas tu barang lain tak boleh isi dah
  • berat, biasanya bila aku operate sendiri, memang terkial2 dan makan banyak masa
  • seat depan tak boleh baring habis, tapi sendal jugak kain kat behagian pinggang anak supaya flat kedudukan dia
So, lepas tu tengok2 orang pakai carrier, teringin pulak. beli dua yang murah je sebab tight budget.. .. tak pernah tau pun carrier jenis macam ni sebenarnya tak bagus untuk kanak-kanak.. Nanti aku ceritakan kenapa kejab lagi eh..



 KELEBIHAN CARRIER

  • senang nak carry sambil bawak barang
KELEMAHAN CARRIER (jenis ini)
  • anak tak melekap kat badan, so beban anak memang 'menangkap' di bahagian bahu. as the result, bahu sangat sakit everytime carry dia
  • sebenarnya carrier jenis ni (google : crotch carrier) tak bagus sangat untuk anak sebab kaki anak tergantung
  • tak support kesihatan tulang si pembawa & anak, senang kata tak ergonomik
Actually, dah beranak kali kedua, barulah aku tau sebenarnya tak bagus carrier macam tu.. Crotch carrier kita panggil dia.. This is why ;


Haa.. macam tu ceritanya. Tapi kalau dah terbeli dan tak cukup budget nak beli lain, boleh try alternatif ni ;

Okey, sambung balik cerita aku tadi. Bila si kembar dah besar sikit dan demand tak nak duduk dalam twin stroller, plus kereta tak muat nak angkut selalu, kami pun decide untuk beli satu single stroller yang senang nak dioperate dan always on the go. Tak ingat brand stroller, tapi adik beradik Sweet Cherry lah. 



KELEBIHAN Stroller;
  • off course sebab ringan dan tak makan space bila dilipat dan simpan dalam bonet Myvi
  • mudah nak handle untuk aku yang selalu keluar bertiga2 dengan kembar
  • macam dalam gambar, sambil carry kembar, sambil tolak stroller,  tak susahkan orang lain
KELEMAHAN;
  • hampir takde kecuali bila kembar dah makin besar, nak masukkan sekali dua orang ni, memang sempit la
  • pendek kata, stroller jenis ni memang hampir perfect (aku tak dibayar apa-apa untuk ini eh .. heee)
Bila kembar semakin besar dan makin sibuk nak memandang sekeliling, stroller ni pun ibarat dah tak laku dah. So, macam mana pulak nak bawak si kembar ni? Taddaaaaaaaaa....



Troli supermarket lah jawabnya. Biasanya pun, kalau keluar bertiga-tiga dengan si kembar, aku prefer pergi tempat yang ada kemudahan stroller. Apa pun, kena waspada tak kira masa bagi mengelakkan kemalangan. PLEASE ALWAYS BE ALERT!

Itu baru ada anak kembar.. Sekarang dah tambah lagi satu baby. So, how? Sejak ada Aysar ni lah, aku baru tau kewujudan jenis-jenis baby carrier yang selamat untuk baby. Itu pun sejak join satu group babywearer Malaysia kat Facebook. Macam-macam jenis baby carrier ni rupanya.

Dah pernah cuba ring sling dan wrap kain batik (bibik ajar) tapi tak berapa pandai dan confident. Selepas beberapa kajian dibuat, aku cuba SSC iaitu Soft Structured Carrier untuk Aysar. SSC pertama yang aku beli adalah brand PATAPUM. Kebetulan masa tengah dok survey tu, carrier ni tengah promosi gila2 punya harga kat Tiny Tapir (baby shop). Affordable lah untuk budget aku waktu tu.  So beli lah satu yang saiz BABY punya.


KELEBIHAN SSC
  • baby melekap pada badan emak. So baby lebih tenang dan relax
  • support tulang baby dan si pemakai carrier
  • anak mudah sangat terlelap. Maybe dia rasa comfort bila dengar degupan jantung emak
  • boleh nak kiss2 anak selalu.. hehehe...
KELEMAHAN SSC
  • mula-mula pakai rasa lenguh kat pinggang, maybe sebab waist pad tu tebal kot, lama-lama biasa dah
Banyak lagi brand2 lain yang bagus dan selesa. Harga pun memang haruslah menabung kalau nak miliki. Tapi takpe, untuk keselamatan dan keselesaan anak. Berbalik pada SSC Patapum tadi. Bila Aysar dah semakin besar, SSC tu rasa macam sempit plak. Tambah pulak saiz badan dia dah semakin panjang dan tinggi.

Teringin plak nak beli SSC yang baru tapi budget limited. Tiba-tiba teringat, sebelum bersalin dulu, pernah tempah MEI TAI (google sendiri ye) kat kawan. DIY je. Tapi bila Aysar dah lahir, tak pernah pakai bawak keluar rumah pun sebab tak pandai dan tak confident nak lilit2 tu. Makanya, terpikir lah nak convert Mei Tai itu kepada SSC. So, serahkan kepada pakar handmade baby carrier from Malaysia iaitu Neezaneedles. Hasilnya? Sebelum dan selepas ;

Alhamdulillah, best sangat lah carrier yang ini. Nak back carry pun senang sebab besar dan muat dengan saiz  Aysar yang dobot itewww.. Sekarang ni kalau keluar berempat (ummi, kembar & baby), memang tak boleh tinggal lah carrier ni.. Aku dukung Aysar dalam carrier & si kembar dalam troli.

Gambar atas ni waktu travel solo dengan Aysar ke Kota Kinabalu.. nanti aku kongsikan cerita ni dalam entry yang lain ye..

Akhir kata, selamat berjalan-jalan bersama si kembar.. Hohoho.. Waktu kembar kecik, mungkin agak susah sikit nak keluar. Memang sama lah apa aku rasa dulu. Tapi bila dah semakin besar, senang je nak handle. Yang penting, latih dari awal macam mana kau nak handle si kembar dan diri sendiri bila keluar ke public.

Entry ni pun sekadar perkongsian je. Bukan untuk menunjuk atau menuding jari siapa yang salah siapa yang betul. Cara yang aku kongsi ni pun mungkin tak sesuai untuk semua orang. Tapi boleh lah kalau nak jadikan panduan. Tapi segala akibat, sila tanggung sendiri tau.

Dah lama tak update blog, sekali blog menjela-jela macam gini. Hehehe.. Padahal kau tak tau, aku draft entry ni makan masa dekat seminggu... Kbaiiii... hehehehe...

Friday, September 19, 2014

Aysar 1 year

Fuhh fuhh fuhh.. berhabuk blog ni.. meh tiup sikit.. Lama tak mengupdate sebab ada masalah teknikal dengan blog ni.. Haihhh.. disebabkan tak berapa celik IT, so agak lama masalah tu ai biarkan je la.. hari ni godek punya godek, akhirnya dapat jugak diatasi dan blog ni kembali comel seperti dulu.. ewahh sangat..

Ceritanya lepas dekat 6 bulan banyak jugak.. actually nak kata tak update dunia blogging ni.. cuma lebih kerap update blog lagi satu.. Blog tips kesihatan dan kecantikan kat MY Super Health ni.. Boleh la jenguk-jenguk kat situ kalau nak tips menarik okey..

Hampir 6 bulan berlalu.. Nak cerita pasal Aysar lah hari ni.. Aysar dah genap setahun 31 Julai lepas.. Alhamdulillah.. dah berjalan pun, seminggu lepas birthday dia.. Awal juga daripada si kombar.. Kepandaian pun dah banyak sebab dia belajar from the best, Abang Kombar la... hehehehe..



Hobi Aysar memanjat.. Segala meja, kerusi, tangga semua dah pun Aysar takluki.. Huhuhu.. Naik atas sofa, lepas tu jalan2 atas sofa tu sambil joget2.. Kau tak rasa macam jantung nak terkeluar gitu?? Haihh.. kebanyakkan kepandaian dia pun memang dia obeserve daripada banag2 dia.. Baru-baru ni dia cuba nak tanggalkan baju sendiri.. Baru umur setahun kot.. Si kombar dulu dah umur 3 tahun lebih baru rasa nak bukak baju sendiri..hehehe..


Aysar ni boleh dikatakan agak ramah jugak dengan orang. So far, setakat ni dia nak didukung oleh starngers cumanya awal2 memamng muka ketat sambil usha orang yang dukung dia.. Dengan abang-abang kombar, biasanya dia selalu dibuli dan membuli.. Kalau tak abang2 kacau dia, dia lah yang mengacau abang2 tu.. bab berebut barang pun terror.. Yang si abang suka mengusik, yang si baby tak nak mengalah.. Kan gamat tu ramah.. *urut dada je lah..

Aysar ni agak independent jugak berbanding si kembar waktu kecik dulu.. Ini lah hikmahnya bila ada anak single kot.. Ada kisah sedih masa mula-mula tau pregnant aysar dulu.. boleh baca kat sini kalau nak tau ceritanya.. Alhamdulillah, Aysar ni memang anak yang sangat mudah dijaga.. Allah Maha Adil kan.. Lepas dapat kembar yang mana nak membesarkan dorang dulu memang penat tapi seronok.. Yang Aysar ni Allah mudahkan.. jarang menangis, jarang meragam.. Main sorang pun boleh asalkan ada depan mata..

Aysar panggil ummi ni, "Amaakkk..amakkk.." Hohoho.. amak la pulak.. takpelah.. ada juga bunyi emak tu, jadi lah.. hehehehe..

Tak sangka dah beranak 3 dah aku.. Blog ni dah wujud sejak zaman anak dara lagi. Sekarang dah anak 3.. Rasanya nak aktifkan semula blogging la.. Insya Allah.. Aku temui kepuasan bila menulis.. nak bercerita dengan orang lain, kadang2 masa tak mengizinkan.. Yelah, masing-masing pun sibuk.. So, blog ni lah salah satu cara nak bercerita.. Mungkin tak ada yang nak membaca tapi satu hari nanti bila aku baca-baca balik, mesti.. "eh..ye ke macam ni dulu? " eh..ye lah..dulu macam ni.." " eh, baru teringat" bla..bla.. bla... Mungkin blog ni boleh jadi bahan bacaan anak2 aku satu hari nanti.. mana lah tau umur aku tak panjang, ada jugak memori untuk anak2 kenal aku.. cewah..touching plak..

Okey.. warm up je ni.. lain kali sambung lagi lah...


Monday, March 31, 2014

Tips Memilih Taska di Pekan Kecik

Refresh blogging..

Aisy dan Asyil dah 3 tahun sebulan! Yay!! Cepat betul masa berlalu kan.. tau2 je dah 3 tahun.. dah besar tapi still sangaaaat manja sampai sekarang..  Baby? Independent habaqqq hang... main sorang pun dia okey saje... asalkan ada ummi depan mata..

FYI, kombar dah dihantar ke taska mulai awal tahun 2014 ni.. kenapa awal sangat? Well, ramai jugak yang tanya soalan ni.. Sebenarnya, dari tahun lepas lagi dah ada cubaan hantar Aisy dan Asyil ke taska.. Mulanya nak hantar sebab tak nak susahkan mak aku jaga budak 2 orang yang memang tengah naik tu kan.. Kebetulan pulak time tu, mak aku kurang bernasib baik sebab mengalami kecederaan kat sendi bahu sebab jatuh escalator.. Sobsss.. So, start la hantar kembar ke taska dari pagi sampai petang.. Tapi cubaan seminggu yang pertama gagal sebab diorang tak boleh cope suasana baru.. Kena bangun pagi2, pergi sekolah, ada aktiviti, ada kawan, tak leh tengok tv lama-lama.. Dan aku pikir time tu, mungkin culture shock for a few weeks kot.. tapi since dorang berubah jadi pemarah, penakut.. even nak naik kereta pun tak nak walaupun nak ke kedai.. Takut kena hantar ke taska kot.. So, berhenti je lah.. Atok nenek pun tak suka tengok keadaan cucu macam tu.. Walaupun ai still cuba (paksa) pujuk untuk kembar g taska, tetap fail.. so, berhenti je lah..

Jadinya, tahun ni cuba lah lagi hantar ke taska.. Umur pun dah 3 tahun.. Tujuan hantar? Nak bagi dorang bergaul dengan kawan2 lain, orang dewasa (cikgu) selain ummi, ada aktiviti pembelajaran.. Plus, in case, kalau tahun2 depan, ummi pindah mana2, memang bercadang nak hantar ke taska je.. So, bagi pendedahan awal je.. Tahun ni pun hantar ke taska separuh hari je.. 8.30-12.30.. Macam mana aku hantar g taska? Eh, bukan aku yang hantar tapi mintak tolong atok hantar.. First week, pergi je memang nangis, tapi bila balik rumah dorang okay je.. Emosi stabil.. Takde masalah pun petang2 tu naik kereta.. Pendek kata, takde dah fobia2.. Alhamdulillah.. Lama-lama, diaorang pergi taska, asal nak nangis je tak jadi sebab ada budak lain yang menangis, so diaorang dok ralit tengok orang lain nangis.. dah kenapa nangis? Macam lah diorang tak macam tu kot..hehehe..

Baca buku aktiviti diorang pun seronok je.. Excited bila hari ni buat aktiviti ni, esok aktiviti lain.. Alhamdulillah.. tetiba macam sayu je hati ni.. Dah besar dah kembar.. Pakai t-shirt taska pun ummi rase sebak.. macam mana la kalu
dah pakai uniform sekolah nanti.. mungkin ummi yang banjir nangis2 kat sekolah tu nanti kot.. hehehe...

Taska yang kombar pegi ni taska yang sama dengan tahun lepas.. Cikgu pun sama.. Kenapa pilih taska tu? Meh sini nak share tips memilih taska (di pekan kecil)..  Kalau taska kat bandar2, lagi banyak option.. aku share ni pun based on pengalaman aku la.. Tempat aku ni memang pekan kecik je kot.. So, xyah la nak compare2 dengan taska kat keyy ell ehhh...

  • Pastikan taska yang korang nak pilih tu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat..
Macam mana nak tau? Kalau kau jenis yang terus terang, ko tanya terus la dengan cikgu taska tu time survey2 tu.. Macam aku yang jenis segan-tak-pasal-pasal ni, aku check kat website JKM je.. So, ada berapa je taska kat tempat aku yang berdaftar dengan JKM.. 2 ke 3.. So, aku fokus untuk survey kat situ je lah..

  • Bilangan anak-anak vs pengasuh
Bagi aku, bilangan anak2 dan pengasuh memainkan peranan yang penting.. Kenapa? Kalau anak-anak dari pelbagai peringkat umur (1-6 tahun), pengasuh 2 3 orang, so kat situ aku agak risau jugak.. Aku ni sorang jaga 3 anak pun macam nak pengsan kauu.. Mungkin dorang expert nak handle.. tapi being a paranoid mother, aku tak pilih lah taska yang ramai sangat anak2 tapi cikgu sikit.. huhuhu.. So, survey taska abang adik sekarang, anak2 ada belas2, cikgu 4 + 1 pembantu..

  • Suasana taska
Kawasan yang ceria, luas, selamat dan senang nak parking. Aku suka taska anak aku sekarang sebab tu la.. Apa pun kena selalu berhati-hati2 la memandangkan zaman sekarang, keselamatan tu kadang-kadang berpunca dari tempat yang kita tak jangka.. So, aku tetap ingatkan diri sendiri dan pesan jugak kat pihak taska supaya sentiasa berhati-hati dan alert lah..

  • Aktiviti taska
Aku takde lah expect anak aku pandai membaca di akhir tahun nanti.. Kalau dapat membaca tu kira satu bonus la.. hehehe.. bagi aku, cukup lah kalau diaorang pandai bergaul dengan orang lain selain family in the good ways and proper manners.. Alhamdulillah lah.. Aku nak diaorang berani dengan orang lain.. Bila tengok aktiviti yang taska plan waktu mesyuarat PIBG, aku rasa bagus la.. pendedahan yang bagus untuk umur diaorang ni.. umur 3-5 tahun siap ada latihan kebakaran (fire drill). .kau ado?? Okey la tu kan..  Taknak la aktiviti setakat tengok tv, makan, tidur je.. Itu kat umah dah selalu buat dengan ummi.. hahaha..
  • Pengasuh yang baik
Macam mana nak tau baik ke suka mendera ke? Wallahualam.. tapi kalau time survey tengok anak2 yang lain pun behave je.. Cakap dengan cikgu2 pun manja je.. takde takut2, so instinct aku rasa cikgu tu okay dengan anak2.. kadang2 kembar ada jugak cakap, cikgu marah adik.. tanya kenapa? sebab adik sepah2 nasik.. so, pemahaman aku, cikgu bukan marah tapi cikgu cakap secara tegas.. macam la kat rumah.. Ummi bagi arahan dengan nada tegas sikit je pun, diaorang cakap ummi marah.. walaupun xde pun ummi niat marah kan.. Lagi satu, kalau cikgu garang, takkan diorang okay je pergi balik taska? So, pikir positif je.. Insha Allah, doakan yang terbaik je untuk anak2..

So far, aku rasa taska anak2 aku sekarang okey je lah.. Rutin kombar pun kurang la sikit tengok tv.. Pagi, mandi, minum susu, g taska, breakfast, ada aktiviti, lunch, mandi, balik rumah, minum susu, tidur, petang main.. Okay la tu.. At least mak aku kurang la penat sikit.. 

Okay lah, nanti share lagi cerita lain.. papai..

Wednesday, November 20, 2013

Be safe everyone!



Situasi parents yang abaikan anak-anak in public memang selalu sangat berlaku kan? Biasa kalau kita pergi mana2 pun, mesti terjumpa seorang dua budak2 umur lima enam tahun, even setahun dua pun yang main sorang2 dan parents pandang dari jauh.. Hm.. aku pun bukan lah perfect sangat dalam parenting.. tapi dalam hal ni, memang paranoid jugak bila nak keluar dengan anak-anak..

Biasanya kalau aku keluar dengan si kembar, pertama sekali dalam kereta, pintu memang always child lock.. Kadang-kadang orang yang naik kereta aku mesti best kot sebab aku yang bukakan pintu.. Kan kalau child lock tak boleh bukak dari dalam.. Bukan apa, si kembar ni pernah kantoi main-main buka tutup kunci yang kat pintu tu dulu-dulu.. Maunya tak suspen kan? So, memang dah termaktub la peraturan child lock tu.. Dengan ayah aku pun aku dah ingatkan sebab ayah aku selalu bawak kembar jalan-jalan naik kereta. So, dia tau lah mesti child lock dulu pintu bila masanya.

Kemudian keluar dengan kembar, aku seboleh-bolehnya bawak pergi tempat yang ramai orang dan parking pun tempat yang ramai orang.. Biasanya pasar raya lah.. Masuk je tempat2 tu terus ambik troli dan letak si kembar dalam troli. Mujur lah diorang dah dibiasakan dari awal (since umur bawah setahun). So far, kalau dia nak jalan kat bawah, ummi jarang la layan tapi distract dengan benda lain. Biasa kalau dah dapat toys, diorang takde bunyi nak turun dah.. tapi bunyi nak ajak balik je la sebab tak sabar nak main..Hehehe.. Kalau aku bawak kembar dengan si baby (sesekali), kedudukan kembar masih dalam troli.. baby pulak duduk dalam baby carrier.. Meriah kau.. anak 3 orang sekali bawak.. Beli pun yang perlu je.. takde la nak shopping macam tak ingat dunia.. Siap beli- sorong troli sampai kereta- masukkan anak2 dulu dalam kereta- masuk barang-kunci pintu- letak troli kat kedudukan sesuai-masuk kereta-kunci pintu-start enjin-letak baby kat car seat-babai.. Alhamdulillah, masuk kereta dan terus lock tu dah jadi amalan sejak ada anak ni.. Semoga terus amalkan dan tak terlupa walau sekali.. Insha Allah..

Kalau tempat yang tak ada troli macam mana? Kalau pergi bank contohnya, memang aku akan pegang tangan kembar tanpa lepas kecuali bila dah dalam bank. Ada sekali masuk mini market, terlepas tangan si Aisy sebab pegang barang.. Berlari plak dia.. Walaupun dua tiga langkah jarak jauhnya dia dengan ummi, still cemas tau..Terjerit jugak la ummi suruh dia berhenti.. huhuhu.. trauma kalau pikir tu.. So always keep your children close to you!

Kalau anak request nak main kat playground, bawaklah pergi playground yang ramai orang DAN pantau anak main apa pun.. Main gelongsor ke, main jongkang jongkit ke, main buaian ke.. Main la sama-sama dengan anak.. bukan pantau dari jauh sambil layan Whatsapp or Facebook ye.. Ish, nauzubillah.. Selalu jumpa parents macam ni... Ada sekali tu, waktu bawak kembar main playground kat Giant, ada sorang nenek ni biarkan cucu dia umur kurang 2 tahun kot dan nenek tu pegi kedai mana tah..Ish, takut tau tengok keadaan macam tu.. sampai masa budak tu g merayau.. Nasib baik nenek dia nampak.. Sambil tu aku perhati jugak arah budak tu dan berjaga-jaga.. Taknak la tarik budak tu kan..Kang orang kata aku ni penculik..Ish.. Tapi serius risau sebab kita pun ada anak kan.. Nauzubillah..

Walaupun anak dah besar sikit dan pandai bawak diri, tapi kita perlu tahu banyak bahaya menanti sekarang.. Malaysia ni takde la aman sangat dah sekarang.. Even orang yang duduk serumah pun belum tentu hati budinya kan.. Berhati-hati lah..Tu je lah yang boleh cakap. Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua..Amalkan ayat kursi selalu sebab ayat kursi adalah di antara cara melindungi diri dari gangguan syaitan, kejahatan manusia, kejahatan makhluk lain, dan bencana jugak. Selebihnya kita berserah kepada Allah supaya melindungi kita dan keluarga. Be safe, everyone.. Peace!

Monday, November 18, 2013

My new chapter..

Salam semua...
Godek punya godek blog orang, tertengok pulak kat link blog My Fabulous Life  ni (blog ai la tu..), 7 months ago kau..lame gile tak berupdate.. hehe..tetibe rindu pulak nak bercerita kat blog yang dah wujud sejak zaman anak dara ni... melihatkan fenomena buat blog di kalangan rakan sekerja ni menyebabkan ai rasa semangat plak nak update blog ni.. hehehe

By the way, banyak jugak yang berlaku dalam 7-month-hiatus ni.. Last update tu pon aku ada bagitahu si kembar dah 2 tahun dan aku plak baru je pregnant kali kedua (week 23).. Pada hari ini, si kembar dah 2 tahun 8 bulan lebih dan baby pun dah selamat dilahirkan.. Alhamdulillah.. sekarang dah 3 bulan lebih.. Baby boy lagi.. hihihi..belum ada rezeki baby girl.. Apa pun syukur Alhamdulillah, selamat dan sihat, 31 Julai 2013, 9.05 malam, 2.72 kg.. MUHAMMAD AYSAR HASIF nama diberi..

Bersalin kali kedua ni Alhamdulillah Allah permudahkan.. Okay la..nak cerita sikit la saat - saat melahirkan si Aysar ni.. nanti boleh jugak jadi bacaan ummi di hari tua..

Actually minggu 37 dah ada sikit contraction dan pergi jugak hospital untuk check..tapi lepas CTG, si baby relax je tidur tak nak gerak..padahal belah pagi, kemain la dia mengeras gitu.. Bukaan pun sikit je.. Doctor tanya nak warded tak, off course la tak nak kan..So doctor bagi balik rumah..

Minggu 38 ada perasan brown spot kat panty.. Tapi sebab takde rasa sakit so malas la nak pergi check up.. nanti kang dia suruh balik jugak, tak pun macam kes si kembar dulu kena tahan seminggu kat wad.. Ah malas lah..so relax je kat rumah.. Sempat lagi lah bawak si kombar naik train minggu tu sebab dah lama janji nak bawak kan.. hehe..merasa jugak la dorang naik train walaupun perjalanan singkat je , Senawang-Labu-Senawang... hehehe... Sabtu naik train.. Hari Isnin dah start ambik MC sebab rasa macam dah tak larat (malas) nak pergi kerja dah.. Tapi seminggu sebelum tu pulun la kerja-kerja terakhir dan tenaga pun masih kuat lagi.. Pregnancy kali ni memang takde melayan sangat manja tu.. hehehe...

Selasa pegi routine check up (once a week), baby dah masuk jalan.. Pagi Rabu, bangun pagi and pegi toilet.. tengok ada darah tapi boleh relax lagi..rasa macam belum masa kot.. pukul 10 macam tu, check lagi ada lendir+darah.. okey, I know the time is coming.. tapi since tak sakit lagi, so relaxxxxx sangat kau...  boleh lagi layan si komba main mercun pop pop.. pukul 11 lebih baru la mandi siap2 dan gerak ke hospital.. Doktor check2 semua sekian sekian.. Sekali, baby berada dalaam keadaan songsang! Aiyo..suspen di situ.. baru je semalam check dia kat bawah.. So doktor tu bagitau mungkin lah kena c-zer.. Mula lah ummi emosi.. sebab taknak c-zer.. Choice lain ; boleh bersalin normal tapi berisiko untuk baby lah.. So, ummi memang pasrah dan redha je masa tu.. Sampailah doktor to inform kat doktor pakar.. Doktor pakar cakap nak pusingkan baby dan Insha Allah boleh bersalin normal katenye..

A few minutes lepas tu, doktor pakar datang.. Ummi baring atas katil wad bersalin, doktor pusingkan baby(seriously I don't know how) Yang penting memang sakitlah.. then terus dia suruh doktor pembantu buat ERM (kot)? Ape tu? Rupanya nak pecahkan air ketuban untuk terus bersalin.. Alamak ai..ummi tak sangka plak terus bersalin jam2 tu jugak kan.. Takpe lah, janji baby selamat.. Kang kalau delay lagi, kot baby gerak plak lagi ke tempat lain.. ERM dalam pukul 1.30 tengah hari macam tu dan tunggu la contraction..

Waktu bersalin kembar dulu, tak pasti sangat macam mana sakit contraction nak bersalin tu sebab seingat ummi, detik nak bersalinkan kembar tu adalah sebab ummi dah tak larat baring 12 jam..

Yang kali ni, memang contraction tu clearly sakitnya.. Sakit macam kena rentap bahagian badan ni.. Setiap kali ada contraction, time tu jugak tahan sakit dengan cengkam kaki sendiri.. Sakitnya Allah je la yang tau.. Sobssss...Bila teringat balik sakit tu, memang sayu rasa hati..  Mula2 masuk labour room Psuruh nurse panggil husband masuk.. Bagi2 barang, mintak2 ampun semua..

Maghrib tu dah start sakit contraction tak boleh tahan.. Nak suruh panggil husband, time tu waktu berbuka.. Kang dia nak buka puasa dan solat pulak.. so sabar dulu.. 8.00 memang dah tak mampu nak hadapi sorang2.. memang perlu sangat sokongan moral.. So, mintak tolong nurse panggil husband lagi sekali.. nak mintak ampun lagi dan nak teman jugak.. Membebel2 sambil mengeluh sakit sampai husband suruh sebut nama Allah.. Pukul 8.30  tak leh tahan sangat2.. taktau la bukaan berapa tapi since patient sebelah tu tengah push2 , terus rasa tak boleh blah dah.. so, panggil doktor cakap nak bersalin.. Doctor check jalan tapi tak bagitau berapa yang bukak.. dia cuma cakap kalau sakit terus teran..

Lantak la kan..memang time tu pikir nak keluarkan je baby.. Dalam masa 15 minit kot, alhamdulillah 9.05 baby keluar.. Husband cakap baby keluar dalam keadaan mengiring.. muka dia mengadap ke kanan.. Terus doktor tunjuk bebird dan letak atas badan.. Alhamdulillah syukur..

Saat yang paling takut sepanjang hamil dulu ialah kena jahit bawah tu.. Tapi Alhamdulillah untuk bersalin kali ni, tak kena jahit pun.. Alhamdulillah sangat2 la kandungan kali ni memang dipermudahkan.. Tak jahit, jadinya takde la terhad sangat pergerakan tu.. Boleh lagi nak mandikan si kembar hari-hari.. alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. 

Berpantang kali ni dengan Shaklee..Hihi..nanti lah cerita lagi.. FYI  saya sekarang dah jadi Shaklee Independent Distributor..Feel free to visit my SID blog  ;MY Super Health

Babai for now... :-)